
Pada masa kini , Universiti berperanan dalam menyediakan graduan yang kompeten, berinovatif dan memenuhi keperluan pasaran kerja adalah sesuatu yang penting bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang pasaran pekerjaan. Pembangunan pelajar tidak hanya dilihat kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi mempunyai kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan . Segala usaha tersebut adalah untuk menerapkan kemahiran tinggi dalam kalangan pelajar, maka perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat institusi. Dari aspek akademik pula, penambahbaikan kurikulum melalui kajian pasaran pekerjaan dan kerjasama dengan industri telah dan sedang giat dilaksanakan. Manakala perkhidmatan sokongan pembangunan kerjaya juga penting dalam memastikan pelajar dapat menggarap pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran tinggi. Dalam erti kata lain, perkembangan kerjaya pelajar perlu dilihat secara holistik disamping fak...